Keperihatinan Islam merangkumi semua bidang
hidup termasuklah kepemimpinan dalam mengurus sesebuah organisasi. Manusia dijadikan
Allah S.W.T. untuk menjana segala macam sumber di bumi supaya mereka dapat
hidup dengan makmur dan tenteram. Seperti firman Allah S.W.T dalam Al-Quran (Surah
Al-Baqarah 2:30) :
Dan
ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat;
sesungguhnya
Aku aakan menjadikan seorang khalifah (pengurus)
di
atas muka bumi. Maka mereka menjawab; adakah patut
Engkau
menjadikan di atas muka bumi orang yang berbuat
bencana
dan menumpahkan darah sedangkan kami memuji dan
mensucikan
Engkau? Allah berfirman; sesungguhnya aku
mengetahui apa yang
engkau tidak ketahui.
Ini jelas menunjukkan bahawa Allah S.W.T.
secara semulajadinya (fitrah)
mencipta
manusia untuk mengurus segala khazanah dan makhluk yang
ada
di daratan, di lautan mahu pun di udara. Dan fitrah manusiawi juga
suka
hidup secara bermasyarakat dan saling perlu memerlukan di antara
satu
sama lain serta bersifat memimpin dan dipimpin. Rasulullah s.a.w.
bersabda
yang bermaksud:
Apabila kamu berjalan tiga orang dalam satu perjalanan,
maka
lantiklah salah seorang daripada salah seorang daripada
kamu
menjadi ketua...
Apabila manusia telah ditugaskan oleh Allah
S.W.T. sebagai pengurus,
maka
jika diselami dengan lebih mendalam perjawatan itu merupakan
satu
tanggungjawab (amanah) yang mesti dipikul oleh umat manusia. Dan
dalam
masa yang sama setiap tanggungjawab tersebut akan diperhitungkan
oleh
Allah S.W.T. di akhirat kelak sejajar dengan sabda Nabi s.a.w. yang
bermaksud:
Setiap
kamu adalah pemimpin dan setiap kamu mestilah
bertanggungjawab di
atas kepimpinan kamu..
Isu kepemimpinan amat dititikberatkan oleh
Islam kerana pemimpin
merupakan
nakhoda dalam sesebuah organisasi. Setiap gerak geri mereka
akan
dinilai dan menjadi contoh teladan oleh orang bawahan sepanjang
masa.
Oleh yang demikian, adalah amat wajar untuk dibincangkan perkara
ini
supaya masyarakat dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang nilai
kepimpinan
Islam dan agenda yang perlu dilaksanakan oleh pemimpin
Muslim
di dalam memartabatkan organisasi yang mereka dokongi.
Secara umumnya apabila membincangkan hal
kepengurusan, terdapat dua
perkara
asas yang perlu difahami dengan jelas. Pertama; golongan yang
menduduki
sesuatu kedudukan dalam hirarki pengurusan organisasi yang
disebut
sebagai pihak pengurusan. Kedua; kebolehan menjana kuasa atau
autoriti
yang dimiliki untuk mengarah orang bawahan bagi melaksanakan
sesuatu
kerja. Dengan kata lain, aspek pengurusan bukan hanya menekankan
soal
pangkat tetapi juga cara memimpin serta keupayaan untuk ’manipulasi’
kuasa
yang diberi bagi membawa organisasi ke arah kejayaan. Justeru,
pengurusan
itu lebih menekankan tentang metod yang digunapakai oleh
seseorang
pengurus (mengikut hirarki) untuk memimpin golongan pekerja
bawahannya
bagi menjayakan misi (tugas) yang dipertanggungjawab
kepadanya.
Dan ia amat berkait rapat dengan soal kepimpinan dan hubungan
di
antara pemimpin dan golongan yang dipimpin.
Dalam ajaran Islam, kuasa dan perjawatan
untuk mengurus merupakan
amanah.
Yang dipentingkan ialah kemampuan, kecekapan serta keadilan
dalam
mengawal selia tugasan dan juga orang bawahan. Golongan ini
mestilah
dipilih daripada mereka yang layak untuk menjawat jawatan
tersebut.6
Pemerintah berkewajipan untuk melantik individu yang benarbenar
layak
untuk sama ada dari sudut akademik mahu pun akhlaknya
bagi
menjawat sesuatu jawatan. Pemilihan tersebut mestilah di kalangan
mereka
yang sanggup untuk melaksanakan amanah yang diberikan
kepada
mereka secara bersungguh-sungguh. Dan status jawatan tersebut
akan
terlaksana selagi individu yang dipilih berupaya untuk melakukan
tanggungjawabnya
dengan sempurna. Seseorang pegawai hanya layak
untuk
diberhentikan tugasnya jika beliau tidak lagi berkemampuan untuk
mengeluarkan
idea dengan baik, mempunyai kelemahan fizikal serta
melakukan
penipuan semasa menjalankan tugasnya.
Perjawatan dalam pengurusan pada pandangan
Islam bukanlah
sesuatu
yang boleh diminta-minta. Ia juga bukan merupakan suatu hak
untuk
kumpulan tertentu. Pernah diriwayatkan dalam satu Hadith tatkala
Abu
Dhar r.a. telah datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu bertanya mengapa
beliau
tidak dilantik menjadi salah seorang pegawai? Maka Rasulullah
s.a.w.
menjawab yang bermaksud:
Sesungguhnya kamu Abu
Dhar adalah seorang yang lemah. Aku sayangkan engkau seperti aku sayangkan
diriku sendiri. Sesungguhnya jawatan itu adalah amanah dan setiap amanah itu akan
dipersoalkan di hari kiamat. Ramai orang akan menyesal kerananya kecuali orang
yang menjalankan tugasnya secara ikhlas dan jujur.
Jawatan yang disandang merupakan satu
tanggungjawab yang harus dipikul dengan
jujur dan ikhlas kepada Allah S.W.T.. Dengan itu ia akan dikira sebagai
ibadah yang akan mendapat pahala di akhirat nanti. Meminta jawatan dengan
tiada kelayakan yang mengundang kerosakkan dan malapetaka ke atas
sesebuah organisasi. Golongan ini dianggap tamak dan rakus oleh Nabi s.a.w.
dan Islam sama sekali melarang mengambil pentadbir yang tidak beretika
kerana mereka akan mencetuskan kemudaratan terhadap komuniti yang
ada disekeliling mereka.
Abu Musa al-Ash`ari menceritakan
bahawa beliau datang
bersama dua orang
saudaranya bertemu Rasulullah s.a.w.. Lalu
salah seorang dari
mereka telah berkata: Ya Rasulullah, lantiklah
kami untuk memegang
sebahagian dari tugas yang telah Allah
kurniakan kepada
engkau. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:
Demi Allah
sesungguhnya aku tidak sekali-kali akan menyerahkan
tugas ini kepada
orang yang datang memintanya dan mereka yang
tamak terhadap
jawatan ini.
Jelas menunjukkan bahawa Islam tidak memberi
ruang terhadap segelintir
manusia
yang cuba untuk meminta-minta bagi mendapatkan sesuatu
jawatan.
Begitu juga dengan hak untuk mengurus bukanlah berkisar pada
sesuatu
kumpulan tertentu sahaja. Justeru, hanya yang layak sahaja akan
diperakui
oleh Islam bagi mengurus mengikut prinsip dan amalan yang
diatur
oleh Islam itu sendiri.
Suatu perkara yang ditekan juga oleh syariat
Islam ialah prinsip
kejayaan
(al-falah) dalam pengurusan.10 Kejayaan di sini bukan sekadar
pengurus
berjaya memenuhi tuntutan organisasi semata-mata tetapi juga
melibatkan
soal diterima atau tidak cara mengurus oleh Allah S.W.T..
Wujud
atau tidak unsur-unsur shubhat di dalam pengurusan tersebut
dan
sebagainya.
Tujuan dan matlamat Islam adalah untuk
menjaga dan
memelihara
organisasi supaya mendapat keberkatan dan keredaan Allah
S.W.T.
di dunia dan akhirat. Islam tidak hanya mementingkan ’output’
atau
keuntungan semata-mata seperti yang diamalkan oleh masyarakat
konvensional.
Tetapi penekanan Islam melibatkan soal kebajikan ke
atas
golongan bawahan dan prinsip keadilan yang dilaksanakan dalam
pengurusan.
Firman Allah S.W.T. (Surah An-Nisa 4:58):
...Sesungguhnya
Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah
kepada yang berhak
menerimanya dan apabila kamu menetapkan
hukum di antara
manusia maka hendaklah kamu menetapkannya
dengan adil...
Pengurusan yang
jujur, beretika dan ikhlas akan cuba untuk memberi
‘input’ yang terbaik kepada
orang bawahannya. Kebajikan atas prinsip
keadilan akan
sentiasa dipelihara agar organisasi yang dibentuk mampu
berdaya saing dan
diberkati. Kerjasama dan pemaufakatan yang bijak secara
tidak langsung akan
memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Ia
seterusnya akan
melahirkan organisasi yang cemerlang dan dipercayai oleh
masyarakat
sekeliling.
Organisasi boleh dimaksudkan sebagai suatu
bentuk kegiatan yang
dilakukan
secara berkumpulan yang dibahagikan mengikut sektor-sektor
tertentu
demi mencapai matlamat secara kolektif. Kejayaan atau kegagalan
fungsi
sesebuah organisasi berpunca dari tiga faktor. Pertama adalah majikan
selaku
pemimpin yang menerajui sesebuah organisasi. Kedua adalah pekerja
yang
bertindak sebagai pelaksana terhadap gerak kerja yang disusun atur
oleh
majikan dan ketiga adalah sistem yang guna pakai oleh majikan dan
pekerja
untuk menyelaras pekerjaan yang telah ditentukan. Faktor ini perlu
digembelingkan
dengan unsur semulajadi dan modal bagi menjayakannya
dan
ia amat berkait rapat serta saling melengkapi di antara satu sama lain.
Persefahaman (consensus) ini menjadikan setiap organisasi seolaholah
satu
komuniti atau keluarga kecil yang mempunyai peranan tersendiri
dan
saling memerlukan sesama mereka dalam mencapai matlamat yang
diinginkan
atau ditentukan oleh organisasi. Untuk menggapai matlamat
sesebuah
organisasi memerlukan pengurusan yang bijaksana yang mampu
menggabungkan
keseluruhan elemen dalam organisasi agar sama-sama
berperanan
demi kesejahteraan bersama.Dan gabungan inilah yang
menjadi
tanda aras bagi kecemerlangan sesebuah organisasi.
Menurut Ahmad Atory pentadbiran yang
berkesan dan berjaya harus
berupaya
untuk meletakkan matlamat organisasi di tempat yang munasabah
dan
segala tindakan mestilah bersifat innovative13
dalam mewujudkan
suasana
realistik dengan arus semasa. Perancangan dan pelaksanaan
matlamat
serta keupayaan menyempurnakan gerak kerja14 mampu
melahirkan
organisasi yang cemerlang dan dipercayai. Segalanya boleh
dilaksanakan
sempurna jika sesebuah organisasi mempunyai pemimpin
yang
amanah dan dan berkarisma dalam menjalankan tanggungjawab
mereka.
Organisasi yang cemerlang semestinya
bersandarkan kepada
pengurusan
yang cekap dan berkesan. Antara ciri-ciri pengurusan
organisasi
cemerlang ialah:
i.
Pelaksanaan aktiviti yang cekap;
ii.
Pemimpin dan kepimpinan yang berkesan;
iii.
Pengemblengan usaha dan kerjasama;
iv.
Pembahagian tanggungjawab dan kuasa mengikut kedudukan dan
peranan
dalam struktur organisasi;
v.
Membuat kepurusan secara rasional;
vi.
Dorongan dan resolusi konflik;
vii.
Interaksi dan komunikasi berkesan;
viii.
Penyesuaian dengan perubahan persekitaran;
ix.
Meningkatkan keberkesanan organisasi menerusi pembangunan
organisasi.
Antara ciri-ciri diatas adalah merangkumi dua aspek penyelesaian masalah Struktur organisasi dan aspek kemanusiaan. Gabungan kedua-dua aspek
ini secara konseptual dan teoritikal akan mampu memberi nafas baru
terhadap pembangunan sesebuah organisasi. Ia akan menjadi lebih berdaya
saing dan bernilai sekiranya konsep musyawarah diterapkan agar organisasi
dan komuniti di bawah bidang kuasanya sama-sama mendapat
manfaat
dan terpelihara kebajikannya.


No comments:
Post a Comment