Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Tujuan Jurnal ini Ditulis hanya sekadar untuk tatapan semua dan Admin Jurnal Akhi Hafidz amat mengalu-alukan teguran yang positif serta bersifat membangun dan secara tak langsung kita semua dapat memenuhi tuntutan Agama Islam dalam bab kepimpinan seperti yang dituntut OLEH ISLAM yang juga sudah menjadi lumrah hidup manusia dan suka hidup bermasyarakat dan saling perlu dan memerlukan satu sama lain. Rasulullah S.A.W Bersabda :
Apabila kamu berjalan tiga orang dalam satu perjalanan, maka
lantiklah salah seorang daripada salah seorang daripada kamu
menjadi ketua...
Apabila manusia telah ditugaskan oleh Allah S.W.T. sebagai pengurus,
maka jika diselami dengan lebih mendalam perjawatan itu merupakan
satu tanggungjawab (amanah) yang mesti dipikul oleh umat manusia. Dan
dalam masa yang sama setiap tanggungjawab tersebut akan diperhitungkan
oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak sejajar dengan sabda Nabi s.a.w. yang
bermaksud:
Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu mestilah
bertanggungjawab di atas kepimpinan kamu..
Isu kepemimpinan amat dititikberatkan oleh Islam kerana pemimpin
merupakan nakhoda dalam sesebuah organisasi. Setiap gerak geri mereka
akan dinilai dan menjadi contoh teladan oleh orang bawahan sepanjang
masa. Oleh yang demikian, adalah amat wajar untuk dibincangkan perkara
ini supaya masyarakat dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang nilai
kepimpinan Islam dan agenda yang perlu dilaksanakan oleh pemimpin
Muslim di dalam memartabatkan organisasi islam yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya.

No comments:
Post a Comment